Thursday, December 29, 2016

Curtains Up




Like finally.

Selepas 7 bulan rumah siap pasang grill, akhirnya Snuggland berlangsir jua haha. Yeah, slow sikit progress Snuggland ni sebab kitorang punya konsep 'Ada duit buat, takde duit duduk diam diam'. Almaklumlah, banyak nau benda lain nak kena cover, since kitorang pun tak rushing nak masuk rumah, kita buat la slow slow je.

Ni first time kitorang tempah curtains. Selalu beli dah siap kat Jusco, Kaison or Mr. DIY je tapi sebab tingkap rumah ni tinggi sikit terpaksa la tempah. Beli dah siap tak cukup panjang, senteng aje rupanya haha.

Last week few days after pay day, I ajak S untuk survey curtains untuk living hall and master bedroom. Survey, bukan nak beli haha. Lepas kerja, kitorang pegi area Kota Fesyen sebab area tu memang syurga kedai langsir and sampai je sana ternampak one big signage "CLOSING DOWN CLEARANCE SALE" Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, laju je kitorang masuk Akita Textile ni. Kedai depan sekali kat KF3, facing Bunga Raya Textile. Tapi sebab kitorang ni zero experience nak tempah curtains, kitorang still pegi jengah kedai sebelah sebelah untuk survey harga.


Terpikat dengan material and design curtains kedai sebelah but luck is not on our side. Curtain ada sekeping je, lagi sekeping dah kena beli haha. Sabar je laa. Jalan lagi kedai sebelah. Terpikat dengan Matte Satin and harga pun affordable tapi bila dah discuss pasal berapa meter nak kena beli, sales assistant tu cakap kena beli 12m hahaha terkejut makcik! 

Jalan lagi pegi kedai sebelah, terjumpa kedai pakcik Zainudin. Kebetulan S kenal Pakcik Zainudin ni, so terus kitorang discuss pasal curtains. Tanya pakcik harga curtain rod dan railing skali. Siap compare harga dengan kedai sebelah sebelah lagi, harga pakcik memang lagi murah. Laju je kitorang setuju hehe. Ding dong ding dong ding dong. Pakcik suruh kitorang pegi balik kedai yang buat clearance sale tadi, beli kain (sebab harga murah gila) pastu hantar kat dia untuk jahit.

So semalam, Pakcik Zainudin (and wife) datang rumah pasang curtains. Loving couple ni buat kerja laju gila. In 1 hour, semua settle. Kerja kemas, bersih dan teliti. Rumah pun tak bersepah dengan habuk drill.


Lepas ni kalau nak buat curtains lagi, confirm buat dengan Pakcik Zainudin. Service 5 star!


Alamat :
Kedai Kain Nesa Cotton House
No. 23, Jalan KF3, Kota Fesyen
75450 Ayer Keroh, Melaka
012-626 0434
06-234 7251


---
Nad

No comments:

Post a Comment